my name is lulu :)

lu'lu' : mutiara
im a student
at usim,pandan indah.
this blog just for hobby :)
and im like reading, sharing2.
sharing is caring..isnt it ?
welcome !!.
keep smilling ^^,
proud to be yourself..
and be yourself, people love you in your way..
btw, independent person is really attractive :)

me myself

me myself
peace :)

Monday, 21 January 2013

PERSOALAN SEBELUM BERTUNANG

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya,

dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin.


Antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.


-Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya.
-Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
-Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.



  • Apakah wawasan hidupnya?
  •   Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
    Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

  • Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan? 
  •  Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
    Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

  • Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya? 
  •  Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
    Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

  • Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan? 
  • Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
    Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

  • Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan? 
  • Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
    Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
    Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

  • Adakah dia seorang yang suka bergaul? 
  • Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
    Orang macam mana yang anda cari?

  • Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya? 
  • Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
    Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

  • Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya? 
  •  Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

  • Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan? 
  •  Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
    Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
    Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

  • Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka? 
  • Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
    Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

     http://harianislam.com/2012/12/31/10-soalan-sebelum-bertunang/


    ARTIKEL ini dicopypaste dari laman web diatas.

    apa yg mungkin saya huraikan disini mungkin hanya sedikit.  firman Allah dalam surah al-nur : 26 'perempuan perempuan yang keji untuk lelaki yg keji,dan lelaki yang keji untuk perempuan yg keji ,sedangkan perempuan2 yg baik untuk lelaki2 yang baik dan lelaki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik'


    mungkin ayat ini lebih menjelaskan dengan lebih mendalam tentang soal pemilihan jodoh mungkin,

    ingat sahabat2, Allah yang menentukan segalanya sekiranya kita merancang dengan sebegitu rapi sekali pon,siapa kita untuk menghalang takdir Allah :)
    in sha Allah istiqamah lah dalam berdoa.

    #mungkin secara tiba2 postkan benda macam ni,tp ia sgt penting utk kita ketahui. marilah kita amalkan bersama ...

    apa yg buruk dtg dr saya yang baik hanya dari Allah swt.
     

No comments:

Post a Comment