my name is lulu :)

lu'lu' : mutiara
im a student
at usim,pandan indah.
this blog just for hobby :)
and im like reading, sharing2.
sharing is caring..isnt it ?
welcome !!.
keep smilling ^^,
proud to be yourself..
and be yourself, people love you in your way..
btw, independent person is really attractive :)

me myself

me myself
peace :)

Friday 21 November 2014

this is my birthday gift...

assalamualaikum..

untuk anak anak mak t'syang..

mak nak mintak maaf walau pa pn yang berlaku. mak tak mintak untuk jd begini. cma mak harap anak mak faham dan terima pa y dah ditakdirkan Allah. mak redha ad lah hikmahnya y kita xtau. itu rasia Allah. Allah bg ujian stakat kemampuan manusia.

kadang2 mak berdoa...sekiranya mati itu lebih i2 lebih baik bg ku..aku redha..sbb mak x mau nak menyusahkan org y mak syg. tp mungkin jugak Allah nak uji setakat mana iman kita.Atau Allah nak menyucikan dosa2 kita y lalu. itu pon klo kita sabar dan iklas.

walau pa pn y terjadi mak syg sume anak2 mak. mak sentiasa doakan kejayaan anak2. dunia dan akhirat. mak nak terima kasih pd sume anak2 y menjaga mak selamani. mak harap anak2 mak buatlah y terbaik dunia n akhirat. hidup kita ada matlamat dan tujuan.

kadang2 mak rasa kematian dah semakin hampir. jd mak luahkan pa yg mak rsa. klo umor mak panjang alhamdulillah. semoga diberkati. mak tau mak xble jd mak y terbaik. tp itu bkn kehendak mak. akhir kata. i love you so much.


ok. ak dh tak dapat teruskan menulis. im very very sad after got this letter. thats all. i love u too mak.


Friday 30 May 2014

indahnya sekiranyaa kita........ :)

sesungguhnya orang yg sabar itu sentiasa bersama Allah..
ya... jangan kita mudah melatah dengan karenah dunia..

belajarlah mengawal api kemarahan..

seburuk mana yang difikirkan manusia tentang dirimu, pandangan manusia tidak ke mana.. yang dicari pandangan penduduk langit, pandangan Allah.....

betulkan niat.... teruskan membina diri dan meningkatkan ibadah..

belajarlah sabar mengenal karenah ibu bapa...

busuk mana ibu bapa, kita tak ada banyak ibu bapa. SATU, ya hanya satu . tiada pengganti, sabarlah wahai anak.... jagalah ibu bapa mu sebagaimana mereka menjaga mu... namun itu juga tidak mampu membayar setitik susu yang ibu berikan, tidak juga mampu membayar setitik peluh ayah mencari nafkah untuk membesarkan kita..

sabarlah untuk menjadi seorang khalifah...

perubahan ke arah kebaikan bukan mengambil masa yang singkat, banyak benda perlu dipelajari, perlu digali, perlu di kaji, jangan terburu buru.... ambil masa untuk menjadi daei, ..ya ambik masa.. tapi sampai bila? kalau x dimulakan dari sekarang ?

ilmu agam jangan ditinggal jika sains aliran mu. carilah guru , joinlah usrah, bukan bergurukan youtube, buku n etc. boleh jadi kamu sahaja yg berpandangan apa yang kamu faham..

semakin tinggi ilmu, semakin tunduk kamu, jadilah seperti resam padi, semakin masak semakin berat...

ada teguran, terima, jatuhkan ego untuk ilmu yang engkau cari..

sabarlah dalam melakukan sebarang larangan Allah,,
 
Allah mengatakan bahwa JANJI NYA benar.... ya engkau akan dikurniakna syurga bagi yg mengikuti laranganNya, dan juga diberi ganjaran neraka bagi mereka yg kufur...

bersabarlah wahai muslim, jom lakukan apa yg Allah suruh..

bersabarlah dengan dunia.. jangan kau gopoh..

bukankah Allah sudah menetapkan empat  perkara semasa roh ditiupkan ? 
REZEKI, AJAL , JODOH, NASIB

rezeki ? yup,, tawakal lah seperti burung yg keluar dipagi hari untuk mencari rezeki, tidak tahu ke mana arah dituju tapi itulah burung.... ini kan pula manusia yg mempunyai kurniaan akal.. jadi janganlah engkau risau, rezeki itu dimana mana, apa yg penting usaha dan tawakal.

ajal ? ajal itu pasti, tidak tahu bila, dimana, bagai mana,  pukul berapa, sudah siapkah kita menempuhnya, jika ingin kahwin kita melakukan persediaan, bagaimana pula persiapan kita dengan kematian, itu jangan diabaikan... jadilah muslim yang sentiasa ingat akan kematian nescaya engkau akan berjaya duniakhirat.

jodoh ? bukankah Allah menciptakan manusia itu berpasang pasangan untuk melengkapi satu sama lain.., ya... tak perlulah kita cuba mencari tulang rusuk kita yang hilang difb, bercintan cintun, berdating dating, mungkin bercinta lepas kahwin itu lebih manis ??
yakinlah dengan ketentuan Allah, Allah meciptakan kamu dengan pasangan yang seperti diri kamu, kerna lelaki yanng baik untuk perempuan yang baik, dan juga sebaliknya.... 
sekira nya kamu telah dikecewakan..
pernah kah kamu terfikir Allah menjanjikan kamu dengan orang yang lebih baik dari itu ?

jika kamu tidak bersyukur maka siapa kamu untuk menghalang perkara yang Allah tetapkan ?

nasib..
ya nasib baik atau buruk..  setiap manusia telah ditetapkan nasibnya semasa ditiupkan roh, 
tetapi sekiranya nasib kita buruk tidak semestinya selama lama nasib kita buruk, bukankah al quran telah menjelaskan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kamu tidak mengubahnya dulu, mungkin ini ujian, tapi sebagai hambaNya, kepadaNya juga kita memohon petunjuk dan pertolongan...


jadi ?
jomlah bersabar. sesungguhnya Allah bersama kita. teruskanlah berdoa dan bertawakal kepadaNya. :) terimakasih kerna bersabar dengan saya juga, k nak gi midvalley, bye ^^ 31.5.2014

indahhnya sekira kita BERSABAR. 

Friday 2 May 2014

'aku'



'aku' ?



insan biasa...yang tak punya apa apa..yup absolutely not relatively.

aku bukanlah baik.... tapi aku cuba menjadi hamba Allah yang terbaik, anak yang terbaik, kawan yang terbaik,

aku bukanlah kaya dengan harta... tapi aku cuba menjadi manusia yang kaya dengan budi bahasa,ilmu, dan kaya dalam memberikan bantuan kepada yg memerlukan dengan tenaga dan masa yang aku ada...

aku bukanlah solehah....tapi aku cuba mencari kesolehan itu di rakan rakan ku supaya aku juga akan jadi gadis solehah dan boleh masuk syurga bersama sama sahabat sahabatku...tolonglah bimbingku wahai sahabat...

aku bukanlah rajin... tapi  aku cuba buang sifat malas aku dengan melakukan perkara yang bermanfaat kepada ummah, aku hadirkan jugak ke majlis majlis ilmu dan sebagainya, aku cuba buang sifat M aku dengan membaca doa doa yg ada dalam mathurat dan memperbanyyakkan membaca al quran...

aku bukanlah yang sempurna...dan aku jugak tidak memerlukan sesorang yang sempurna disampingku kerna ku tahu setiap manusia ada kekurangan yang perlu ku lengkapi dan begitu juga aku...


aku bukanlah seorang penyayang ,tapi aku cuba memupuk kasih sayangku untuk orang lain dengan terus tersenyum dan mengeratkan silaturahim sesama kami. sayang itu indah jika kita saling berkasih sayang dalam ukhuwah.. :)

aku bukanlah seorang yang tabah..tapi aku belajar menjadi tabah dengan setiap benda yang terjadi....orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum didalam kesulitan kerna dia tahu Allah ada bersamannya..

aku bukanlah sahabat yang baik...tapi aku cuba menjadi terbaik....jadi bantulah aku untuk membantumu dikala suka dan duka wahai teman :) aku sentiasa disini..

aku bukanlah seorang yang penyabar...tapi demi hubungan kita,mana mungkin mudah untuk aku robohkan dengan hanya mainan syaitan iaitu marah... #sabarituindah #kan

aku  seorang yang  ego..tapi  aku buang sedikit egoku untuk hubungan silaturahim kita,bukan mudah,tapi ku tahu ego itu hanya kepura puraan dan hanya diperlukan untuk masa masa tertentu. ^^

aku bukanlah pelajar genius..kadang aku cuba bangun tengah malam study untuk sama level dengan rakan rakan lain untuk sama sama berjaya grad :) dan aku kena usaha lebih untuk ilmu yang aku nak guna untuk duniakhirat ni...


aku bukanlah seorang daei yang a'lim....kadang usrah ku ponteng, tapi ku cuba hadirkan diri...aku juga ada anak buah yg mengharapkan aku untuk membimbing mereka, jadi apa guna aku kat dunia ni kalau sekadar dapat tapi tidak memberi ???? mana janji aku dengan penciptaku dahulu ?? khalifah di dunia ini ialah manusia, jadi aku manusia...so ?

aku bukanlah anak yang taat...terkadang terlupa bertanya khabar ibu bapa ku..tapi aku usaha 'reminderkan' handfon aku untuk itu, tak susah sebab fon 25 jam aku pegang. aku pegang juga 'keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa'.. jadi tak perlu ku tunggu mereka menghubungiku..

aku bukanlah isteri yang solehah....yup memanglah sebab aku tak kawin lagi..haha. ok gurau.mungkin post ni boleh disambung selepas aku kahwin....


apa yang 'aku' harap kat sini semoga aku dapat ditukarkan dengan aku. yup in shaa Allah.
jadilah manusia yang terbaik dan bermanfaat dalam sesuatu masyarakat :) semoga Allah mengurniakan sifat aku dalam diri kita semua ^^

"tiada manusia yang sempurna kerna melengkapi itu sifat semulajadi manusia :) terimakasih kerana melengkapiku"






Thursday 9 January 2014

SAHABAT^^

assalamualaikum :) senyum sokmo deh.


setiap apa yang kita lakukan kepada manusia lain ada balasannya . sama ada baik atau buruk. bergantung dgn apa yg kita lakukan. ^^. jadi. janganlah menjadi ignorance tika terasa membuat kesalahan sesama manusia. dosa sesama manusia tidak hilang melainkan kita memohon maaf kepada orang itu sendiri. dosa kepada Allah boleh solat sunat taubat dan memohon ampun kepadaNYa.sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan nabi muhammad SAW memaafkan umatnya. apatah lagi kita ?

so. maafkan hambo sepanjang perkenalan kita sejak dri tmhidi. Allah itu sebaik2 perancang utk kita bertemu disini. ya disini. di fakulti pergigian yg penuh dengan cerita cerita hot, whehehehe. ok maafkan saya kerna banyak mengguris hati byk pihak. banyak melakukan gosip, banyak termengumpat. byk mengacau org dan sgainya. sesungguhnya ukhuwah itu lebih manis jika kita menghargai tali persahabatan kita. bukan sekadar dibibir , bukan sekadar di pena. bukan sekadar di blog, twitter,instgrem, mahupun fb. tp lebih manis jika kita mendoakan kesejahteraan sahabat kita tnpa pengetahuannya dan mengamalkan tali silaturahim itu sendiri.

 there are no more gaps between us.

post ini didekasi khas untuk sahabat ana yang berada dikelas alquds.cordova.andalus dan sebagainya (GIRL GENERATION ONLY).