my name is lulu :)

lu'lu' : mutiara
im a student
at usim,pandan indah.
this blog just for hobby :)
and im like reading, sharing2.
sharing is caring..isnt it ?
welcome !!.
keep smilling ^^,
proud to be yourself..
and be yourself, people love you in your way..
btw, independent person is really attractive :)

me myself

me myself
peace :)

Saturday, 29 December 2012

kenali siapa saya,siapa anda dan siapa mereka..



Mungkin tajuk agak membosankan,,
Haha…last post asenye untuk bulan ini and tahun ini….yeahh Alhamdulillah dah nak masuk tahun 2013. 
SEMOGA BERJUMPA DI RAMADHAN TAHUN DEPAN!!! in sya allah.

Semoga disusuli dengan azam baru yer rakan2,azam supaya lebih dekatkan diri dengan Allah..IN SHA ALLAH

Ya mcm mana nak  katakan kenali diri yer..
Sebenarnya menjadi khalifah adalah anugerah buat Allah swt. Tapi setiap manusia ada ujian dia masing2.betol tak..

Ujian paras rupa,ya semestinya,,ujian kelembutan ,,mungkin jugak,ujian kepandaian,,hmm mungkin,ujian kesenangan??mm betol3..ujian apa lagi ekkk,,,byk ujiannya para sahabat,,,kalau nak ditulis,tidak termampu saya coretkan..
at terengganu last year or this year,xingat:)


Tapi disini ujian yang paling besar bagi saya mungkin ujian kesenangan,kepandaian dan paras rupa.

1)kesenangan: ya mungkin ini terlalu subjektif ,tapi kesenangan kat sini bukanlah bermaksud kewangan semata-mata yer..kesenangan dari segala aspek,kita mudah dapat sesuatu yang kita impikan,kita senang dengan apa yang kita ada,yaa..mungkin rakan rakan jugak tidak sedar,tapi apa yang saya tulis ini sendiri mengambarkan diri saya. Mungkin benar kata rakan saya,ujian kesenangan ialah ujian yang paling besar.
Hmm,jadi marilah sama2 kita muhasabah diri kita yer, setiap kali rasa senangnya diri,cukup segalanya,mudah mendapatkan sesuatu,marilah kita berfikir sejenak akan nasib saudara2 kita yang tidak seperti kita sangkakan. ‘xkenal maka xcinta’
“tika engkau merasa susah,janganlah engkau melihat org yg lebih senang dari engkau,maka lihatlah org yg lebih susah”. Ini lah perkataan yg mak saya suruh sya pegang.jadi,marilah kita amalkan yer kalau ia bermanfaat kepada korang semua.
tbe ase nak buh gambar kt melaka nih.hoho.


2)kepandaian : hemm,ok. Pandai.. tajuk ni mungkin sensitive  jugk kan,tpi nk jugak bagi pendapat nih.(saya xde la pandai/saya hnya pelajar yg sderhana ). Tapi bagi saya kepandaian mmg satu ujian. Mungkin kita rasa kita pandai smpai dah malas nak study. Sedangkan waktu tu Allah sedang menguji kita. Betol takk?? Nak tengok sejauh mana kita usaha .kan…ingat…’usaha tangga kejayaan”
:: indeed Allah will not change the condition of people if they do not try hard to change it themselves::
Kadang2 susah nak istiqamah nk stdy ni, saya ckp ni mmg kna kt di saya jugak,malas sangat.so marilah kita ubah perangai kite yer.hehe.(dushh,asa cam kena kilat.hahah)::::mcm knal je ayt nih::-..-

rindunya kat kalian semua nihhhh!!!

hoho,cikgu !!!! teringat pulak perkataan "cebok",haahaaa


 3) paras rupa : yer ini pon isu yang agak panasssss,haha. Takde lah saya ni sbnrnya observer sikit leer. *sbnrnya org yg byk ckp ni lebih memerhati dari org yg pndiam kita sangkakan dia pemerhati tegar*
Emm isu ni mmg famous untuk perempuan le kott,laki pon sameee jer,,HMPPH. Semua nak yg dahi licin #peribahasa ye.

Yang kita tahu ,kita mmg sukakan kecantikan kan,segalnya msti nak yg lawa2,tomey2,baju lawa,kasut lawa,bilik lawa,beg lawa,tudung lawa…yerr mmg betul,
tapi bagi pendapat saya paras rupa yang cantik juga ini satu ujian kan rkn2. Sama la mcm paras rupa yg ensem lee konon..

“ko xpe la ada rupa,bleh la ramai kawan”..selalu ayat ni sy selalu dengar kwn2 saya berceloteh mse bergosip2 dgn rkn2 mereka.hoho#saya pendengar yg setia yerr,wlopon saya xjoinn.beware youuu.bkn nk kata curi2 dengar,naluri tu kuat wehhhh.haha
Yer sememangnya kita sukakan kecantikan,tapi ingat la,ikhlaskanlah hti anda,,

Sesungguhnya kecantikan takkan kekal abadi yer,dan  Allah yg menciptakannya..ikhlaskan hati anda untuk berkawan,bersahabt atau menrima sesorang dalam hidup anda. Jgn mengharapkan sesuatu yg high expectation.

LAKUKAN SEMUANYA KERANA ALLAH SWT…..kerna ukhuwah,kerna silaturahim….
Kita bersahabt kerna Allah.

 Allah jua yg menemukan kita. Dan Allah jua berhak memisahkan kita.


happy belated birthday to sahabat saya aimi syairah today,i miss u alot,....btw tq for being my frens:)#wlopon duk pandan jgk aimi ni,haha.


aimi,are you remember this ....:'(



p/s :
#semua celotehan ini jugak untuk diri saya sendiri, apa yg buruk dtg dri saya,dan yg baik adalah dari Allah swt.::)

#gmbar2 yang diselitkan itu menandakan saya amat merindui zaman tamhidi  dan sahabat2 saya :")




Friday, 28 December 2012

Trust is like a paper,once it crumple..it will not perfect AGAIN.

TRUST....

something or someone that you put your trust on them show that they are important to you.

right..

i can just imagine that people that you put  100% trust can make you feel bad.

:)



He always show us the right way,the right choices,the right path and all happen in our life has be planned by Him...


JUST PUT ONE MILLION TRUST only for ALLAH....INFINITY TRUST !!!

hehe..


Thursday, 27 December 2012

JALAN ILMU JALAN KE SYURGA....

SEORANG LELAKI BERTANYA KEPADA SHEIKH JUNAID AL-BAGHDADI :

'apakah ilmu yg paling berguna ?'

'ilmu yg menunjukkan kamu kepada Allah swt dan mnjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu'



memandangkan exam/peperiksaan/al-imtihan dah semakin dekat(semakin dekat saya dgn kompiter)

saya selitkan sedikit tips2 yang mungkin boleh membantu kita semuaaa,,,iaituuuuu.....


diantara adab2 menuntut ilmu...yehhhhhhh!!!


1) niat yang ikhlas kpd Allah swt

2) tekun dan tawakkal hanya kpd Allah swt

3)menjauhi segala maksiat

4)banyakkan zikir dan mengingati Allah swt

5)menghormati diri dan orang lain

6)minta doa kepada ibubapa

7) memuliakan dan menghormati guru/pensyarah/tutor/doktor

8)beramal dgn ilmu yg dipelajari ....



hoho,,semoga bermanfaat,,,

semoga yang ingin menjawab exam,semoga diberikan ketenangan oleh Allah swt dalam menunaikan tanggungjwab anda sebagai khalifah...

being a dentist/doctor/teacher/engineer/architect/lecturer/etc only for UMMAH...and......ISLAM.


IN SHA ALLAH..

Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang berusaha,,,,

yang penting Dia melihat sejauh mana Usaha kita.... bukannya sebanyak mana A's kita....

betolkan niat,insyaallah anda buat anda dapat...


disini saya selitkan sedikit gambar kenangan sy dan rakan2 di bagan lalang,,(xtaw la apa kaitan)

tapi doakan jugak untuk kitorang punya exam yg akn berlangsung hujung bulan 1 tahun 2013 :)

dentistry year 1...keep calm down and just go on..*xsemua ada.

LAST BUT NOT LEAST!!!!! 'GOOD LUCK INFINTYYYY' TO..........YOU.

Thursday, 6 December 2012

permulaan degree yg menarik + kasih sayang

assalamualaikum,,dh nak masuk sesuku aku kat pandan ni,,degree mmg tough la,,,

inilah gambaq classmate coursemate labmate tutorialmate ,,,,haha,,,sbb skit,semua jumpa muka yg sama la !!! doakan kami !!!


no matter happen there is no giving up in our life, just continue..keep praying.

a lot of thing did happen. wow amazing the plan from Allah. i dont know how to start this story. but sometimes in our life we have to make a choice. every single thing . every every. even though in our exam also.

also about my results. alhamdulillah anatomy n phisiology was going to be ok, my my biochem is huaaa :(
but its ok. remember allah always reminding us to get closer to him. actually its quite stress. a lot of think to think, but alhamdulillah i have my parents thats always giving support in what i did. not forgotten also to my housemate nurhani zalina,my bff nurul amirah yusof,my partner lab,my grupmate,my deskmate ?? ada ka ? haha,,,, semua laaaa,,,larat nk tulih 35 org lam ni...

#sat bi sat bm ....hmm..sorry.mungkin nk impruv skit2 bi...kih kih

topik kali ni,,,, be yourself and how to get closer to people surrounding u ?

sometimes people more  understand us in our character , not in our words...

1) selalu lee senyum wlopon muka kita bekeng,hahahah.xdk lah..betul la senyuman itu mampu mengubat luka. wlopon kita terluka atau pon tgh bersedih,just keep your smiling to your frens n people surround you. pasti mereka gembira :)))

2) beri pendapat jujur atau teguran jujur yang mampu mengubah kwn kita or org sekeliling kita ke arah kebaikan, ini menunjukkan kita sgt mengenal mereka dan tak nak mereka terpesong jauh jauh. tapi kita kena jugak mintak pendapat pasal diri kita. a friend is a mirror to a friend.
*jika kamu ingin mngetahui sikap seseorang itu maka lihatlah dengan sapa dia berkawan*

3) selalulah bertegur dan memberi salam tika berjumpa or berselisih. xsusah pon...hehe.main tampaq2 ka,hehe.

4) kalau ada program apa apa yang kwn2 ajak or senior2 ajak,program yang mengisi kita dgn ilmu dan mampu mengeratkan lagi silaturahim kita. do not wasting any time just go !! jgn plk ckp,nt ak xsempat study,,huhu,,,
korang tak boring ka asyik study,,,,,tp rohani kita kosong..kn kena seimbang dua dua tu,
in sya Allah kita kejar akhirat kita dapat dunia. percayalahhh :)

5) join usrah yang ada...mungkin korang rasa xdak masa.yup mmg student life sgt bzy.tapi buzy tu xkn terasa jika kita sentiasa isi masa kita dengan perkara perkara yang bermanfaat. betul tak,,haa..
masa remaja ni lah nak cari ilmu,nanti dah tua duk pikiaq nak kawin plak,haha...xdk lah,,,*beribadat dan gali lah ilmu sebanyak mungkin tika di usiamu masih muda*


6) hmm yang ni penting,,,sentiasa lah menyayangi sahabt sekeliling kamu melebihi diri kamu sendiri..*tidak sempurnalah iman seseorang selagi mana dia tidak mampu menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri*
so,,klo kita sygkn sahabat or saudara kita,,in sya Allah ALLAH akan melimpah kasih syg makhluk lain kepada kita.: )hmmmm..xkn xnk org syg kt kita kan...


7)ini lagi penting,,:) CINTAI LAH ALLAH melebihi sekalian makhluk :))) nescaya makhluk yang juga menCINTAI ALLAH akan mencintai kamu. wallahualam bi sowaf ...




mungkin itu shaja coretan mutiaralulu pada kali ini,,,

akhir kalam dan mutiara kata dari mutiaralulu, Allah mencintai orang yang sentiasa memberikan cintanya kepada saudara saudaranya dengan mendoakannya tanpa pengetahuan darinya.

jadi,,marilah kita mendoakan sahabat sahabat kita....
dan tidak lupa juga kepada saudara saudara kita di palestin,syria,dan gaza yang sedang berjihad kepada Allah. ~~

in sya Allah kemenangan akan berpihak kepada orang orang yang sabar . dan ALLAH sentiasa bersama dengan org org yang sabar :)


                                                                                                                     <3 mutiaralulu

Sunday, 21 October 2012

akulah ibu dan akulah kakak.

assalamualaikum para pembaca sekalian.
tujuan kali ini aku mengupdateskan blog ini adalah peringatan buat kita semua tentang apa itunya SYUKUR.


ya pertama sekali bersyukurlah kita sekarang masih lagi mempunyai seorang ibu yang sentiasa mengambil berat tentang kita. bersyukurlah kerana kita semua mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang. bersyukurlah kita semua mempunyai ibu yang sentiasa mendoakan kita.
dan bersyukurlah kamu semua mempunyai seorang ibu yang sangat sihat,dan tidak bagi ibu aku.
beliau mengidap kanser saraf tahap berapa aku tak ingat,tapi dalam bulan ni baru buat pemeriksaan MRI,kanser tu semakin memanjang dalam spinal cord. semoga ibu aku tabah dan terima ketentuan takdir. mak aku sekarang dah masuk 7tahun lumpuh.dan dalam tempoh tujuh tahun tu bukan tempoh yang sekejap bagi aku . dan bukan juga tempoh yang gembira buat aku dan adik2 . akulah ibu kepada adik2 aku. yang paling sedihnya adik aku yang last baru 3tahun waktu mak aku dah xboleh buat apa2 tu. semoga adik2 aku lebih tabah dari aku :) doakan lah semoga mak aku sentiasa kuat .
dan doakanlah semoga ayah aku tidak mudah berputus asa ,insyaallah. amin.

korang jaga lah mak n ayh korang sebaik mungkin,jaga kesihatan dia,jaga hati,jaga semua lah...jangan sekali2 bagi mak nangis.

tapi alhamdulillah. Allah takkan membebani umatnya dengan ujian yang tak tertanggung umatnya. ini yang menjadikan aku lebih tabah. dengan janji2 Allah yg aku thu semua jnji itu BENAR. :)

 Allah itu MAHA Adil. ujian yang Allah beri kepada setiap hambanya sangat berbeza. walaubagaimana pon ujian Allah tentu ada hikmah yang besar disebaliknya. insyaallah.
 pesanan buat yang sentiasa mengeluh. bersyukur lah dengan apa yang anda ada,dan mungkin dengan itu anda akan dapat yang lebih baik pada masa akan datang dengan izin dan keredhaan Allah. insyaallah. AMIN.


ya kehidupan aku sebagai seorang pelajar,anak,kakak sangat mencabar.
nak menjadi anak yang solehah di kala kita  sibuk belajar juga sangat mencabar.

jadi aku nak kita semua amalkan satu benda kat sini. 'family is comes first right ?'

walau mcm mana bzy pon awak,but then please give your time to your family once a day.

serius.kadang kita rasa letih sangat nak tlefon mak,nk msj mak,nk telefon ayah,nk nasihat adik,nak bagi kata semangat kat adik,nak ajar adik dalam pelajaran.

but if kita fikir 'dimana letaknya family dihati kita' klo mcm tu sekali sombongnya kita.
nak telefon mak pon fikir kredit . yang selalu kita buat 'mak telfon balik '

cuba kalau kita call mak dulu ,mesti mak akn ckp cmni kn 'eh knp tba2 kol ni'
mak pon pelik tba2 kita kol sbb selalu mak ja yg kol kan.
abes jimat pon msj la mak,insyaallah kredit yang habis tu akn dikreditkan dgn pahala.

msj ngn classmate,coursemate bole plk kn.

tu lah,baru2 ni hati aku tersentuh dgn pemergian allahyarham ayh kepada kwn sekelas aku,laki.

ALFATIHAH utk ayah dia,semoga roh ayah ditempatkan dengan orang2 yang soleh.

cuba kwn2 fikir.lama mana lg ayah dan ibu kita akn bersama ngn kita sepanjang kehidupan kita. sempatkah kita semua nk memeluk cium ayah dan ibu kita selepas menggenggam sgulung ijazah nnt?

korang yakin sempat ?

setiap kali fikir benda mcm ni mesti kita rasa sedih kan ?tp lama mana sangat benda ni nak istiqamah.

yakin kita semua boleh terima kalau ALLAH tarik nyawa ibu atau ayah kita waktu kita tengah alpa dek dunia,bergelak tawa dgn kwn2,tgh mkn kfc ?
sempat korang mintak maaf ? sempat kita ckap kita syg mak ayh kita ?


muhasabahlah diri anda sebelum anda menyesal ~~

p/s :jaga lah ibu anda sebagaimana ibu anda menjaga anda sewaktu anda masih kecil :)


DAN LASTLY BERSYUKURLAH KAMU MEMPUNYAI ALLAH DISISI KAMU :)






Monday, 17 September 2012

jalan2 lah konon..:p


Assalamualaikum…

Salam sahabat semua.hahahah….
Hari ni best sebab p jalan2 kL dengan mira,hani,lin.
Geng2 jauh la,mira ja dekat…kat putrajaya. Dia datang amik kitorang dengan kancil putih .wiwiwiw

KETA MIRA.


KECOMELAN YER.








Best..



mulanya nk g makan lah kan. Saja pilih tempat makan jauh pada kondo kediaman .
Dekat taman melawati kot. Jauh la jugak. Pastu p solat kat masjid..terlupa pulak nama masjid tu, tp yang ingat kaler biru dekat ngn umah Dato’ yusof aslam. Err tah betul ke x eja nama dato’ ni tah. Hee. Ala yang rumah banglo  dalam cita drama sembilu kasih tu. Besarrrr kotttt. Atas bukit.

Pastu pada mulanya nak g zoo Negara lah konon. Tp tengok pakai mcm selekeh sangat ja. Xjadi lah. Hehe


Jalan la kat jalan raya tu.ingat hari ni xjem la. Jem jugak rupanya. Sampai mengantuk  aku lam keta. Tp sempat bergambar lagi.  Itu yang penting ye. Hik3.
Apa motif aku cerita  ni. Tp ada motif gak tau. Ak nak updates gambar rumah kondo kami. Mana tau adajunior teringin nak masuk usim ke kan lepas tengok kondo yang begitu besaqqqqq nih. Phewwww.
 -_-

 NI LAH GLENVIEW KITORANG.














 KLCC WOOO. HAHA.






best kan mengadap klcc.yeyyyyyyy.#xbestpon,berghh#

ok lah ni ja tuk hari ni. assalamualaikum.#so bored,hahaah#

Saturday, 15 September 2012

hari minggu yang 'menarik'


Assalamualaikum..
salam syg untuk sahabat2 semua.

Yaa…mungkin terlalu kerap mngepost entry.
Haha.^^,
Bored sangat ni….hari ni hari ahad kan.ya allah geram tengok kawan2 yang lain balik.
Aku ja terbengkalai kat sini.tp its ok lah.dah biasa, masa kat  asasi pon  sorang2 gak.orang jauh kan^..^
Huu :/ actually sedih sangat tak boleh balik. Banyak masalah kalau nak balik ni,kena beli tiket lah,g kl central lah,nak kena naik lrt lah.,tukar lrt lah,phewww. Tiket pon bukannya murah kot.pegi balik rm100 lebih.puhhhh!!


Ni asyik tengok laptop lah.nak tengok running man pon aku xkenal sangat ‘retis2’ korea ni.xtaw nak gelak cmna kalau tengok running man tuh.#sebabtakminatkorea.

Nak study ?
Dah berbulu otak study sebab jumaat ritu ada exam.hmm..

Nak keluar jalan jalan kat bawah ? sorang sorang ?
Nii KL la wey,bukan perlis. Im cuty girl.hahaha *perasansebentar.
Takde la.kL jangan buat berani la wey.anything can happen. Tambah2 duk kat tengah tengah bandor ni.mu ingat senang ke nak bawak diri.
We must  alert every single of time.

Tv kan ada ? awt hang tak tengok tv ?
Perghhh tv tak bes la cerita dia. #asyik xbersyukur ja kan ?

 Macam ni la melayu. Dah ada rumah yang besar,tandas yang selesa,bilik yang luas,wifi yang agak laju,laptop yang agak tahan lasak,kawan2 yang sentiasa prihatin,muka yang agak kiut *yangnixlehblah*

Tetap xbersyukur.syukur lah kan inshaallah ada yang lebih baik Allah beri . mungkin kita xboley balik selalu yang mungkin membuatkan perasaan rindu dan kasih saying ibu bapa kita semakin bertambah dari hari kehari #menyedapkanhatiyangsedanglara.  Hahahah
$over mmg aku la$

Hari ni terbangun lambat.kihkihkih.ter la sangat.xlah sebenarnya aku saja bermalas malasan.sebab nanti xleh nak bermalas malasan dah sebab asyik nak tengok buku ja.time mana nak malas weyy ? cer korang bagitaw.
Haaa ni hottest new punya. Credit hours dak dentist  47 kot !!! osemmm sangat -___-‘

haa nih klo korang xcaya credit hours kitorang.;/

Dua kali ganda credit hours dak medic la weyyyyyy.dak medic asanya dalam 20 lebih ja kot.
Ya allah,mungkin ini satu ujian untuk aku nak jdikan aku lebih strong !!!! luar biase ye disitu.
Orang cakap belajar dentist ni susah dari medic tapi nanti keja senang dari doctor biasa.heeee
Duk tengok senang masa akan datang.tu yang susah depan mata tak Nampak tu,shima2,be ware k.
Cehh.tak habeh habeh duk sedapkan diri sendiri,tapi sapa lagi nak sedapkan hati ini yaaa.#ayattacink.


Dah macam diary plak blog ni.

Taknak la mcm diary,sebenarnya blog ni tempat kedua aku meluahkan benda yang ada dalam hati aku  yang pertama mesti la mengadu kat Allah kan.
Korang kalau nak tenang apa2 pon korang berharap  dan yakin kat Allah .insyaallah korang akan rasa ketenangan yang luar biasa punya. Just be confident .

Mesti korang tertanya apesal aku xmengadu kat mak aku kan.
Sebenarnye moms kite  cepat risau kat kita. Tipulah kalau xrisau kita bagitau yang sekarang ni tengah duduk sorang kat rumah.orang semua balik. Nak turun beli makanan pon xdak orang. Kad access pon xdak.hahahaa #

kad access tu kad untuk masuk/keluar kondo



That’s why la kekadang ni xsemua benda boleh cerita kat mak kan.
Lumrah ibu mempunyai sikap kerisauan yang agak tinggi.
Nanti korang jadi ibu taw laa. Sekarang tayah nak belagak sangat. #ceee macam la aku dah jadi ibu #

Lagipon mak aku kurang sihat :/..#ni yang nkk buat ayer mata menitis ni.ok ok stop #
 *lainlah orang yang ada kekasih,cewaahh tayah nak kekasih sangat. Allah is enough for me :) *

Ape lagi aku nak cerita ek #bajet hotla ,orang nak baca entry kita? ? ? #

Haha.biarlah.asalkn kepuasan itu terasa .
Hemm mungkin ni ja kot.sapa yang baca entry ni doa doa kan lah semoga aku dan kawan kawan aku yang lain mampu mencapai cita cita kami sebagai dokter gigi islam yang mampu mambantu dan menyumbang kembali kepada umat islam yang lain.INSYAALLAH. :)

ape kaitan ngn gambar ni,hak3 <3


Yang penting niat kita tuh .jangan nak jadi dokter sebab duit dan sebab senang dapat keja ja. Nanti Allah tarik semua tanpa kita sedar ,waktu tu dah terlambat untuk kita bersyukur dengan semua nikmat yang Allah beri kat kita.betul x ?












@#panjang lebar pulak makcik ni bagi tazkirah kan #@
Kata nak stop .ok ok.aku stop.ok lah see u next time . asssalamualaikum.:)