my name is lulu :)
lu'lu' : mutiara
im a student
im a student
at usim,pandan indah.
this blog just for hobby :)
this blog just for hobby :)
and im like reading, sharing2.
sharing is caring..isnt it ?
welcome !!.
keep smilling ^^,
sharing is caring..isnt it ?
welcome !!.
keep smilling ^^,
proud to be yourself..
and be yourself, people love you in your way..
btw, independent person is really attractive :)
me myself
Friday, 2 May 2014
'aku'
'aku' ?
insan biasa...yang tak punya apa apa..yup absolutely not relatively.
aku bukanlah baik.... tapi aku cuba menjadi hamba Allah yang terbaik, anak yang terbaik, kawan yang terbaik,
aku bukanlah kaya dengan harta... tapi aku cuba menjadi manusia yang kaya dengan budi bahasa,ilmu, dan kaya dalam memberikan bantuan kepada yg memerlukan dengan tenaga dan masa yang aku ada...
aku bukanlah solehah....tapi aku cuba mencari kesolehan itu di rakan rakan ku supaya aku juga akan jadi gadis solehah dan boleh masuk syurga bersama sama sahabat sahabatku...tolonglah bimbingku wahai sahabat...
aku bukanlah rajin... tapi aku cuba buang sifat malas aku dengan melakukan perkara yang bermanfaat kepada ummah, aku hadirkan jugak ke majlis majlis ilmu dan sebagainya, aku cuba buang sifat M aku dengan membaca doa doa yg ada dalam mathurat dan memperbanyyakkan membaca al quran...
aku bukanlah yang sempurna...dan aku jugak tidak memerlukan sesorang yang sempurna disampingku kerna ku tahu setiap manusia ada kekurangan yang perlu ku lengkapi dan begitu juga aku...
aku bukanlah seorang penyayang ,tapi aku cuba memupuk kasih sayangku untuk orang lain dengan terus tersenyum dan mengeratkan silaturahim sesama kami. sayang itu indah jika kita saling berkasih sayang dalam ukhuwah.. :)
aku bukanlah seorang yang tabah..tapi aku belajar menjadi tabah dengan setiap benda yang terjadi....orang yang tabah adalah orang yang mampu tersenyum didalam kesulitan kerna dia tahu Allah ada bersamannya..
aku bukanlah sahabat yang baik...tapi aku cuba menjadi terbaik....jadi bantulah aku untuk membantumu dikala suka dan duka wahai teman :) aku sentiasa disini..
aku bukanlah seorang yang penyabar...tapi demi hubungan kita,mana mungkin mudah untuk aku robohkan dengan hanya mainan syaitan iaitu marah... #sabarituindah #kan
aku seorang yang ego..tapi aku buang sedikit egoku untuk hubungan silaturahim kita,bukan mudah,tapi ku tahu ego itu hanya kepura puraan dan hanya diperlukan untuk masa masa tertentu. ^^
aku bukanlah pelajar genius..kadang aku cuba bangun tengah malam study untuk sama level dengan rakan rakan lain untuk sama sama berjaya grad :) dan aku kena usaha lebih untuk ilmu yang aku nak guna untuk duniakhirat ni...
aku bukanlah seorang daei yang a'lim....kadang usrah ku ponteng, tapi ku cuba hadirkan diri...aku juga ada anak buah yg mengharapkan aku untuk membimbing mereka, jadi apa guna aku kat dunia ni kalau sekadar dapat tapi tidak memberi ???? mana janji aku dengan penciptaku dahulu ?? khalifah di dunia ini ialah manusia, jadi aku manusia...so ?
aku bukanlah anak yang taat...terkadang terlupa bertanya khabar ibu bapa ku..tapi aku usaha 'reminderkan' handfon aku untuk itu, tak susah sebab fon 25 jam aku pegang. aku pegang juga 'keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa'.. jadi tak perlu ku tunggu mereka menghubungiku..
aku bukanlah isteri yang solehah....yup memanglah sebab aku tak kawin lagi..haha. ok gurau.mungkin post ni boleh disambung selepas aku kahwin....
apa yang 'aku' harap kat sini semoga aku dapat ditukarkan dengan aku. yup in shaa Allah.
jadilah manusia yang terbaik dan bermanfaat dalam sesuatu masyarakat :) semoga Allah mengurniakan sifat aku dalam diri kita semua ^^
"tiada manusia yang sempurna kerna melengkapi itu sifat semulajadi manusia :) terimakasih kerana melengkapiku"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment