ya perihal wanita selalunya sangat sukar difahami oleh kaum lelaki...dan juga sebaliknya..
memang Allah menciptakan lelaki dan perempuan sangat berbeza dan ber MACAM MACAM karenah dan ragam..untuk difahami dan dikaji. supaya kita lebih menghargai mungkin?
'ish tak paham aku dengan pompuan ni,complicated sangat,apa la yg dia pikir'
'adeeehh tak payah la ajak diorang,nanti lambat nak tunggu bersiap'
'tula aku cakap dia tu senstitif sangat,susah nak tegur'
'ee cerewet betol la'
'dah pukul berapa dah ni, tak sampai2 lagi'
'make up ke buat apa entah'
'asyik asyik nangis,bosan betul la'
'cakap banyak betul la,malas aku nak layan'
'susah kalau involve perempuan ni,diorang sangat teliti,lambat kerja kita nanti'
'adoi,asyik asyik berleter, tak de keje lain ke,benda yang sama ja dibebelkan'
tipu la kalau korang tak pernah dengar or ungkap dialog2 macam ni kan.. haha. this common dialog dan rungutan yang selalu ditujukan untuk kaum wanita.
untuk pengetahuan semua, ya memang betul kaum wanita ini sukar difahami karenahnya. kadang aku pon tak paham diri sendiri. tapi meh la aku senaraikan sedikit serba serbi jenis wanita yg ada kat malaysia ni, :3
wanita pertama : tegas tapi dalam hati ada taman, ,means : penyayang la. dia mungkin tegas bila bekerja tapi dengan orang yg dia sayang sangat la mengambil berat.dan korang akan mendapat keuntungan yang banyak bila berkawan dengan girl macam ni, dia sangat beranggungjawab akan rakan2nya dan orang sekilingnya.
wanita kedua : sangat sensitif, cakap kasar, tegur kasar, buat tak tahu kat dia walaupun 5 saat. dia akan tacink. ok girl macam ni korang kena berlapik sebelum bercakap. jangan main semburr je. tapi mostly semua jenis perempuan hatinya lembut, tegur dengan berhikmah k.
wanita ketiga : pendiam,malu. cakap bila perlu je. tapi sebenarnya girl macam ni banyak rahsianya. tapi dia akan cakap banyak dengan orang yang dia kenal rapat je. best kalau simpan rahsia dengan girl macam ni. dan diorang ni sangat sweet sebab suka malu2. dan mostly suka bergosip jugak,haha ==
wanita keempat : personaliti unik. dia macam multi tasking la. macam2 perangai. people cannot guess apa yang girl ni pikir. kadang dia tersenyum sorang2 sampai kawan2 dia tak tau apa yg dia pikir. bila dia start cakap dia xkan habiskan cerita dia. aku pon xpaham dengan yg jenih macam ni. layan je,,hehe :) tapi jenis ni style buat kerja sorang2 and tak pikir apa orang kata. dan diorang ni sangat2 rajin kemas rumah.
wanita kelima :hati kering. kau cakap je la apa kat dia. cakap kasar ke apa ke, kau nak tegur ke. kau nak melawak dengan dia ka. kau nak kenakan dia ka. dia akan buat dun know je, rilek ja. siap senyum lagi. selalu girl macam ni syle blur blur sikit. sebab tu dia tak tacink, sebab dia tak paham apa yg korang tengah buat or cakap..haha.kadang2 tension jugak sebab bila buat lawak kat girl ni,mcm lawak kita yg hambar..haha:P
wanita keenam : banyak cakap. kalau boleh pasal dia tak minum air seharian pon dia akan cerita. every single thing la dia akan cerita. kau akan tahu semua rahsia dia. dia seorang yang memerlukan pendengar yg baik mcm aku ni,..kehkehkeh,lwk je. sebenarnya yang jenis macam ni,korang cuma kena berikan perhatian yang penuh je kat dia, dia bukan nak cadangan daripada korang pon bila dia cerita, tapi yg dia nak korang fahami dia dan dengar cerita dia. dengar je. in shaa Allah mungkin dengan kita dengar ,kita dapat pahala ringankan beban dia tanggung sorang2 masalah dia. kalau boleh bagila nasihat yang bermanfaat sikit.
wanita ketujuh : seorang yang ceria dan gila gila. gila kat sini bukan sakit scizophrenia tu. itu mental namanya. ini gila yg jenis kuat merapu dengan kawan2 dia. style macam ni susah sikit nak baca pemikirannya. dia akn ceria je selalu even dia ada masalah yg berat perlu ditanggung.dia akan senyum sokmo. girl macam ni lagi banyak rahsianya. huhu, sangat banyak la bagi aku,sebab bila dia start buka cerita masalah dia, kita pon akan terkejut. sebab xsangka dia ni tabah macam ni. selalu girl yg ceria ni hati dia tak sensitif sangat akan hal hal remeh temeh ni, kau boleh berlawak kasar ngn dia,tapi ada certain hal yg dia sensitif . itu kena kaji la sendiri apa hal nya.tapi selalu girl macam ni pandai simpan rahsia dan pendengar yg baik,,,kah3
wanita kelapan : pentingkan diri. ok girl macam ni mungkin mintak dijauhkan sifat mazmumahnya. mungkin kita rasa macam nak jauhkan diri kat girl macam ni, tapi better jangan sbb mungkin dia akan lebih pentingkan diri . kikiki. try kawan ngn girl macam ni dan tunjukkan bahawa frenship ni bukan sesuatu yg dilakukan oleh seseorang individu je, kita tetap memerlukan orang lain. mungkin girl macam ni akan berusaha dapatkan apa yg dia nak untuk kepentingan dia sendiri.dia tak kisah apa orang kata, dia xkisah orang tak suka dia,dia tak kisah bila orang pandang pelik kat dia, asalkan dia dapat apa dia nak.
ok..antara semua2 jenis ni mungkin kita ada banyak jenis yang kita rasa itu perangai kita. tapi benda ni bukan valid pon sebab ragam manusia yang Allah ciptakan ni sangat unik dan menarik untuk dikaji dengan observational learning.haha. dah masuk behavioural science dah aku ni. tapi inilah yg serba serbi perangai gegirl yg perlu kita tau untuk lebih memahami ibu,kakak,kawan,isteri, dan saudara mara perempuan yang lain..
so semua,kaum hawa ni perlu dididik dengan rapi dan sebelum mendidik perlulah difahami karenah mereka. melentur buluh biarlah dari rebungnya. (apa kaitan peribahasa ini)
walaubagaimanapun perangai,karenah gegirl ni. perempuan yg solehah itu adalah sebaik2 perhiasan dunia. so jom jadi solehah dan profesional!! taat kepada Allah,rasul,suami(bagi yg dah berpunya),dan ibu bapa...
kesimpulannya..
apa apa pon sabar itu indah. bawakkan bersabar bila berhadapan dengan kaum hawa. haha. mungkin aku banyak lebihkan kaum hawa kat sini. tapi memangla, sebab aku pon still tak paham gegirl nih. k lah.. tu jela kot untuk tahun ni, mungkin tahun depan aku update lagi. sebab buzy sangat ni. nak kawen katakan, hahah,amboi galak bebenor pulok.lawak je semua,k salam .
credit to ILUVISLAM |
No comments:
Post a Comment