Setiap insan akan diberi berbagai bentuk dugaan. Berbeza mengikut kesesuaian dan kemampuan bagi setiap hambaNya. Allah Maha Mengetahui. Allah mahu kita kembali pada fitrah sebenar setelah kita diuji dengan macam-macam masalah dan karenah kehidupan. Andai diri berasa tertekan, keliru dan sedih, mintalah dan mengadulah pada Allah, kerana hanya Allah yang mengerti akan hati kita sendiri, hanya Allah yang mampu memberi ketenangan pada setiap hambaNya. kalau diri kita masih ada kekurangan, fikirlah dan carilah kelemahan tersebut serta berubah..... sebab masa 2 Allah sedang memberi kita jalan untuk mencari perubahan dan keinsafan,,,
bersangka baiklah dengan Allah,apa yang Allah telah rancang untuk kita adalah sebaik baik perancanganNYa.....
salam imtihan buat semua :)
No comments:
Post a Comment